awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China BWF: Aaron-Wooi Yik tiada masalah ke pusingan kedua

Astro Arena
Astro Arena
06/09/2023
10:39 MYT
Terbuka China BWF: Aaron-Wooi Yik tiada masalah ke pusingan kedua
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan menantikan pemenang di antara beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, dan pasangan Taiwan, Chang Ko Chui-Po Li Wei, bagi penentuan ke suku akhir esok. - Gambar fail/Stadium Astro
BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China BWF apabila menumbangkan gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho, secara set langsung di Guangzhou sebentar tadi.
Beregu negara berkenaan mula memacu mata selepas kedudukan terikat 4-4 dalam set pertama sebelum mudah manamatkan set berkenaan dengan kemenangan 21-10.
Bagaimanapun, aksi dalam set kedua berlangsung lebih mencabar buat bekas juara dunia berkenaan, di mana mereka ketinggalan sejak awal aksi dan berada dalam keadaan getir ketika ketinggalan 16-20.
Aaron dan Wooi Yik membuktikan mereka juga memiliki kekuatan mental luar biasa untuk meraih empat mata berturut-turut bagi menyamakan kedudukan sebelum merampas set berkenaan dengan kemenangan 25-23.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, dan pasangan Taiwan, Chang Ko Chui-Po Li Wei, bagi penentuan ke suku akhir esok. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#beregu lelaki negara
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#Badminton Terbuka China BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan