awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza terbabit kemalangan, alami cedera ringan
Pengharaman dua buku dibuat berdasarkan penilaian, keselamatan awam - KDN
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia BWF: Lee Zii Jia tiada masalah ke pusingan kedua, sekali lagi tumbangkan Angus Ng

Astro Arena
Astro Arena
04/06/2024
05:37 MYT
Terbuka Indonesia BWF: Lee Zii Jia tiada masalah ke pusingan kedua, sekali lagi tumbangkan Angus Ng
Kemenangan ini merupakan kali ketiga berturut-turut Zii Jia mengatasi Angus Ng. - Foto Stadium Astro
PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia tiada masalah untuk melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF dengan sekali lagi menumbangkan jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Zii Jia pada satu ketika ketinggalan 9-13 kepada lawan itu tetapi dia kemudian mempamerkan aksi lebih garang dengan serangan bertali arus, termasuk dengan meraih empat mata terakhir untuk memenangi set pertama 21-17.
Aksi lebih mudah dilaluinya dalam set kedua, di mana Zii Jia tidak pernah ketinggalan sejak meraih mata pertama sebelum menamatkan pertarungan itu dengan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.
Sebagai rekod, ia merupakan kali ketiga berturut-turut Zii Jia mengatasi Angus Ng selepas menumbangkan lawan itu dalam final Terbuka Thailand dan separuh akhir Masters Malaysia sebelum ini.
Dia seterusnya akan menantikan pemenang di antara perseorangan India, Kiran George, dan wakil China, Weng Hong Yang, bagi penentuan ke suku akhir esok.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton terbuka indonesia
#kalahkan Angus Ng
#ke pusingan kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan