awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Adam tolak motosikal ke garisan penamat sentuh emosi penonton

Astro Arena
Astro Arena
04/04/2016
10:22 MYT
Tindakan Adam tolak motosikal ke garisan penamat sentuh emosi penonton
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Termas De Rio Hondo malam tadi, pelumba Drive M7 SIC Racing Team itu terjatuh ketika mengambil selekoh terakhir.
PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin menyentuh emosi penonton di Grand Prix Argentina apabila dia bangun dan mengambil keputusan menolak jenteranya selepas terjatuh pada 20 meter terakhir perlumbaan.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Termas De Rio Hondo malam tadi, pelumba Drive M7 SIC Racing Team itu terjatuh ketika mengambil selekoh terakhir sejurus berjaya memotong pelumba Sepanyol, Jorge Navarro dalam persaingan tempat kedua.
Bagaimanapun, Adam mengambil keputusan menolak motosikalnya sambil berlari terhenjut-henjut akibat kesakitan hingga ke garisan penamat. Lariannya jelas semakin perlahan dan di penghujung garisan, Adam kelihatan tunduk ke bawah sambil terus menolak motosikal. Setelah tiba di garisan penamat dengan kedudukan di tangga ke-11, Adam mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan juga petugas di pit lane. BACA: Netizen harap Adam Norrodin juga diberi penghargaanBACA: Penunggang Malaysia, Khairul Idham lakar sejarah juarai Moto3 GP Argentina
BACA: Najib ucap tahniah kepada Khairul Idham
Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah dalam Kejohanan Dunia MotoGP selepas menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan di kejohanan itu.
Pelumba dari Honda Team Asia itu menamatkan perlumbaan dengan 41 minit, meninggalkan Navarro dari pasukan Estrella Galicia 0.0 dengan 35.452 saat (kedua) dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder berada di tempat ketiga dan Andrea Locatelli dari Itali berada di tempat keempat.
Berikut adalah keputusan perlumbaan Moto3, Grand Prix Argentina:
1. Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s 2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s 3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s 4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s 5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s 6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s 7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s 8. Jorge MartinSPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s 9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s 10.Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s 11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m21.625s 12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s 13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing(KTM) 42m 33.345s 14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s 15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s 16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s 17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s 18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s 19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team(KTM) 42m 47.603s 20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s 21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s 22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo(KTM) 42m 47.974s 23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s 24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s 25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s 26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s 27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s 28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s 29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM)43m 19.487s 30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap 31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap 32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap Aron Canet SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) DNF
Topic Berkaitan
#adam norrodin
#Grand Prix Argentina
#Moto3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan