awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Shah Firdaus stabil, bersemangat tinggi untuk bertanding suku akhir - Reezal Merican

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
07/08/2021
11:34 MYT
Tokyo 2020: Shah Firdaus stabil, bersemangat tinggi untuk bertanding suku akhir - Reezal Merican
Terdahulu, Shah Firdaus berdepan kemalangan selepas berlaku himpitan pelumba Great Britain, Jack Carlin. - Gambar Astro ARENA
JAGUH trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom kini berada dalam keadaan stabil setelah terlibat dalam kemalangan pusingan saringan acara Keirin di Velodrom Izu pada Sabtu.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang meninjau keadaan atlet negara itu di Hospital Universiti Juntendo, Shizouka.
"Saya dimaklumkan pegawai perubatan yang telah melakukan pemeriksaan terhadap Shah Firdaus. Keadaan dia stabil dan tidak ada yang dikatakan patah tulang ataupun rusuk sebagaimana dilaporkan.
"Beliau hanya merasai dehidrasi. Beliau akan melalui pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan ini akan dilakukan oleh doktor dan pakar di sini yang dalam masa yang sama akan menentukan kedudukan beliau," katanya ketika ditemu bual Astro ARENA di sini, hari ini.
Kemalangan itu berlaku selepas Shah Firdaus dihimpit pelumba Great Britain, Jack Carlin. - Reuters
Kemalangan itu berlaku selepas Shah Firdaus dihimpit pelumba Great Britain, Jack Carlin. - Reuters
BACA: Tokyo 2020: Shah Firdaus disah tidak patah rusuk, peluang rebut pingat kembali bersinar
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni tepati ramalan, walau terjatuh Shah Firdaus bangkit rebut tiket suku akhir
Menyentuh berkenaan peluang Shah Firdaus untuk beraksi di acara suku akhir, kata beliau, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pakar perubatan, jurulatih serta Shah Firdaus sendiri.
"Saya serahkan penilaian oleh pakar perubatan dan tentu juga beliau sendiri dan jurulatih untuk menentukan.
"Namun kita tunggu untuk pemeriksaan susulan, cuma waktu ini rakyat Malaysia sama-sama berdoa dan alhamdullilah keadaan Shah Firdaus stabil dan mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk turun bertanding di suku akhir," jelasnya.
Terdahulu, Shah Firdaus terbabit kemalangan selepas berlaku himpitan pelumba Great Britain, Jack Carlin.
Bagaimanapun kecederaan bukan penghalang untuk kekal dengan aksi bertenaga apabila pelumba kelahiran Muar itu memilih menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.
Beliau bersama Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan berentap di peringkat suku akhir pada Ahad dalam usaha memburu pingat emas pertama buat negara.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Shah Firdaus
#terjatuh
#patah rusuk
#stabil
#menteri
#Reezal Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan