awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Md Raus ketuai jawatankuasa bebas siasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan

Bernama
Bernama
27/10/2025
03:30 MYT
Tun Md Raus ketuai jawatankuasa bebas siasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan
FAM mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Md Raus Sharif sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum FIFA. - Gambar FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam kenyataan hari ini, FAM mengulangi pendirian badan induk itu untuk tidak melibatkan mana-mana individu daripada dalam FAM bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil, telus dan profesional.
FAM memaklumkan, Md Raus turut diberi tanggungjawab memilih sendiri ahli jawatankuasa bebas bagi melengkapkan pasukan siasatan itu.
"Berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luas beliau, FAM berharap Md Raus bersama-sama ahli jawatankuasa bebas yang akan dipilih oleh beliau dapat menjalankan proses siasatan secara teliti dan menyeluruh sebelum membuat satu rumusan hasil siasatan," menurut kenyataan itu.
Bulan lepas, FIFA mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 (RM10,560) terhadap tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.
Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen dengan FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta).
Keputusan rayuan FAM terhadap hukuman denda dan penggantungan tujuh pemain warisan itu dijangka diketahui pada 30 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Tun Md Raus Sharif
#tujuh pemain warisan
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan