awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya

Bernama
Bernama
27/12/2024
15:03 MYT
Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, Cahill akan berkhidmat sebagai penasihat peribadinya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa. - Gambar X TMJ
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Dalam catatan Instagram Story malam ini, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan bekas pemain tengah Everton itu bukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.
Sebaliknya, Cahill akan berkhidmat sebagai penasihat peribadinya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa.
"Lelaki ini @tim_cahill bukan CEO skuad kebangsaan Malaysia. Dia penasihat peribadi saya untuk sukan dan perhubungan antarabangsa," katanya dalam catatan yang memaparkan gambarnya bersama Cahill.
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Cahill akan terlibat dalam usaha merevolusikan skuad Harimau Malaya melalui unit khas, yang antara lain bertujuan khusus untuk memantau prestasi dan pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan.
Spekulasi itu tercetus apabila gambar Cahill bersama Tunku Mahkota Ismail, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan CEO JDT Alistair Edwards dimuat naik di laman Facebook Tunku Mahkota Ismail pada Ogos lepas.
Awal hari ini, Tunku Mahkota Ismail yang merupakan bekas Presiden FAM dan terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, mengesahkan bahawa pemilihan calon CEO pasukan kebangsaan hampir selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Facebook
#harimau Malaya
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan