awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: ​​Raphinha watak penting kebangkitan Barcelona

Astro Arena
Astro Arena
22/01/2025
02:40 MYT
UCL: ​​Raphinha watak penting kebangkitan Barcelona
Raphinha meraikan kejayaan menjaringkan gol kelima ketika perlawanan UCL fasa pembukaan antara SL Benfica dan Barcelona FC di Stadium Luz, Lisbon, 21 Jan 2025. (Foto AP)
BENFICA 4 BARCELONA 5
Wira Barcelona, ​​Raphinha, mengisytiharkan bahawa dia berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya selepas jaringannya pada minit ke-96 memberikan The Blaugrana kemenangan menakjubkan 5-4 dalam Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Benfica.
Raphinha menyumbangkan dua gol ketika Barcelona menempah tempat ke pusingan 16 apabila bangkit daripada ketinggalan 1-3 dan menjadi kedudukan 2-4 sebelum mengecapi kemenangan dalam satu perlawanan yang luar biasa di Lisbon, awal pagi tadi.
Gol kemenangan Raphinha -– rembatan rendah dalam satu serangan balas sejurus selepas rayuan sepakan penalti Benfica dibatalkan pada minit ke-95 minit dan 8 saat.
Ia menjadi rekod terbaru Barcelona untuk memenangi perlawanan itu (sejak 2003-04), manakala 10 penglibatan gol Rapinha (lapan gol, dua bantuan jaringan) adalah jumlah yang tertinggi dalam UCL musim ini.
Bercakap kepada Movistar selepas aksi dramatiknya, pemain Brazil itu berkata: "Saya rasa saya berada dalam momen terbaik dalam karier saya.
"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang agak sukar. Saya tahu kesukaran bermain di sini, di hadapan peminat mereka. Mereka tahu cara bermain dengan sangat baik dan mempunyai pemain di tahap tertinggi.
"Kami tidak goyah di kedudukan 1-3 dalam separuh masa pertama.
"Malah, Kami kembali fokus untuk mengubah permainan. Ia adalah perlawanan yang menakjubkan untuk semua orang.
"Benfica mungkin menuju kemenangan tetapi kami menyahut cabaran."
Topic Berkaitan
#barcelona
#UCL
#Raphinha
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan