awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usia hanya satu angka, Federer niat terus berjuang

Astro Arena
Astro Arena
29/01/2018
10:51 MYT
Usia hanya satu angka, Federer niat terus berjuang
Federer kini memiliki empat gelaran grand slam lebih daripada pesaing terdekatnya, Rafael Nadal, tetapi juara berusia 36 tahun itu tidak pasti berapa lama dia mampu bertahan di peringkat tertinggi. - Foto REUTERS/Toby Melville
Roger Federer berharap perancangan rapi dapat membantunya menambah catatan rekod 20 gelaran grand slam perseorangan lelaki yang dimilikinya.
Sudah pun bergelar pemain lelaki paling berjaya dalam sejarah, Federer menambah satu lagi trofi utama dalam koleksinya semalam apabila dia mengekalkan kejuaraan Terbuka Australia hasil kemenangan lima set ke atas Marin Cilic di Melbourne.
Federer kini memiliki empat gelaran grand slam lebih daripada pesaing terdekatnya, Rafael Nadal, tetapi juara berusia 36 tahun itu tidak pasti berapa lama dia mampu bertahan di peringkat tertinggi.
Setelah memenangi dua kejuaraan Terbuka Australia berturut-turut di antara kejuaraan Wimbledon pada 2017, Federer percaya langkah mengehadkan jadualnya akan menjadi kunci utama.
Jaguh Switzerland itu, yang mengasingkan diri daripada semua kejohanan di gelanggang tanah liat tahun lalu, berkata: “Saya telah memenangi tiga grand slam dalam tempoh 12 bulan. Saya sendiri tidak dapat mempercayainya.
“Saya hanya perlu mengekalkan jadual yang baik, kekal laparkan kejayaan, kemudian barangkali perkara-perkara baik akan berlaku. Saya tidak fikir usia akan menjadi isu kerana ia hanya satu angka.
“Tapi saya harus lebih cermat dengan perancangan saya, menetapkan lebih awal apakah sasaran saya dan apakah keutamaan saya. Saya fikir itulah yang akan menentukan sejauh mana saya akan berjaya.”
Federer turut menonjolkan peranan isterinya, Mirka, dalam kejayaannya sejauh ini.
“Tanpa sokongannya, saya tidak akan bermain tenis sejak beberapa tahun lalu lagi,” tambahnya.
“Kami banyak berbincang secara terbuka, sama ada dia gembira untuk melakukan itu dan ini atau tidak, sejak bertahun-tahun lalu.
“Saya sangat gembira dia sangat memberi sokongan dan sedia menanggung beban besar mengurus anak-anak kami (dua pasang kembar).
"Hidup saya ini tidak akan menjadi jika dia mengatakan ‘tidak’. Banyak persoalan yang perlu disesuaikan untuk saya duduk di sini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Australia
#Grand Slam
#lelaki
#Melbourne
#Rafael Nadal
#Roger Federer
#Switzerland
#tennis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan