awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad Zolkefli dapat hadiah sebelum Sukan Sea

Gempak
Gempak
03/08/2017
10:00 MYT
Ziyad Zolkefli dapat hadiah sebelum Sukan Sea
MUHAMMAD ZIYAD: "Alhamdulillah syukur isteri dan anak sihat. Ini adalah anugerah terindah buat saya dan isteri." - Foto Astro Gempak
JUARA dunia sukan lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, 27, menerima hadiah paling bermakna sebelum temasya Sukan Sea berlangsung.
Ziyad menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Zafirah Mohd Nasir selamat melahirkan bayi seberat 3.4 kilogram pada jam 1.37 petang semalam.
"Alhamdulillah syukur isteri dan anak sihat. Ini adalah anugerah terindah buat saya dan isteri.
"Saya mengharapkan kehadiran anak saya ini akan menjadi pembakar semangat buat saya untuk memberikan aksi terbaik untuk meraih pingat pada penampilan pertama saya di Sukan Sea yang menjelang tiba dan mempertahankan pingat emas di Para Asean nanti," kata Ziyad.
Ziyad mencipta sejarah selepas memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara lontar peluru F20 di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Pada kejohanan itu, Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.29 meter, mengatasi rekod lama 16.48 meter yang dilakukannya di Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ziyad bakal beraksi di Sukan Sea dan Para Asean yang bakal bermula bulan ini.
Sumber: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
Congrats!!! Daddy @ziyadzolkefli New born baby girl
A post shared by Majlis Sukan Negara (@atletmalaysia_official) on
Aug 1, 2017 at 8:10pm PDT
Juara Olahraga Para Dunia 2017, @ziyadzolkefli kini bergelar bapa. Tahniah Papa Ziyad ! #KitaSamaHero #AyuhMalaysiaku
A post shared by Astro Arena 801 & 802HD (@astroarenahd) on
Aug 1, 2017 at 9:05pm PDT
KEHADIRAN CAHAYA MATA SUNTIK SEMANGAT ZIYAD KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2017 - Kehadiran cahaya mata pertama memberi suntikan semangat buat jaguh paralimpik negara, Mohamad Ziyad Zolkefli. Ziyad menimang cahaya mata pertama semalam selepas isterinya, Zafirah Mohd Nasir selemat melahirkan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram pada jam 1.37 petang. Berita lanjut : www.nsc.gov.my Facebook : Majlis Sukan Negara Malaysia
A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official) on
Aug 2, 2017 at 12:19am PDT
Topic Berkaitan
#anak
#lontar peluru
#Muhammad Ziyad Zolkefli
#sukan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan