awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia Kota Belud bukti kemampuan anjur acara tarikan ramai

Bernama
Bernama
26/09/2016
05:35 MYT
Belia Kota Belud bukti kemampuan anjur acara tarikan ramai
ang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri) berbual dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada majlis santai dan makan malam bersama belia sempena Karnival Varia-C Belia Muhibbah. - Foto Bernama
Belia di Kota Belud berjaya membuktikan golongan muda di luar bandar juga mampu menganjurkan acara besar yang berupaya menarik minat masyarakat setempat.
Karnival Varia-C Belia Muhibbah, anjuran Persatuan Kelab BMY dan Persatuan Gabungan Aspirasi Baru dengan kerjasama Gabungan Persatuan Belia dan Beliawanis Zon Utara Kota Belud, mendapat sambutan luar jangkaan daripada penduduk setempat, khususnya golongan muda.
"Kami menjangka kehadiran 5,000 orang, tetapi tidak sangka jumlah yang hadir jauh melepasi sasaran itu," kata pengerusi penganjur jawatankuasa induk karnival itu Zamzuri Pandikar Amin ketika ditemui pada majlis santai dan makan malam bersama belia sempena karnival tersebut di sini malam tadi.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Karnival itu berlangsung sejak 10 Sept sehingga malam tadi dengan pelbagai aktiviti diadakan, antaranya pertandingan bola sepak, futsal, sepak takraw, lumba perahu, persembahan tarian kebudayaan dan pertunjukan kereta serta konsert oleh beberapa artis tempatan dan artis jemputan dari Indonesia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#Belia Kota Belud
#Menteri Komunikasi
#Pandikar Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan