awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Food truck' Indonesia sediakan makanan percuma untuk berbuka puasa

Agensi
Agensi
15/06/2017
16:02 MYT
'Food truck' Indonesia sediakan makanan percuma untuk berbuka puasa
Penduduk tempatan mula beratur untuk menerima makanan percuma yang disediakan oleh sebuah 'food truck'. -REUTERS
Menyediakan makanan ketika bulan Ramadan merupakan satu inisiatif amal di Indonesia.
Setiap malam ketika bulan Ramadan, sebuah ‘food truck’ akan bergerak di seluruh wilayah Banten dan memberikan ratusan makanan yang baharu sahaja dimasak.
Wakimani merupakan salah seorang chef yang terlibat dalam inisiatif ini.
“Ini dilakukan oleh golongan profesional, bermula dengan persiapan, menyimpan bahan-bahan dan pelaksanaan. Kami membentuk satu pasukan yang kukuh dan kami memilih bahan-bahan yang terbaik.
"Kami bekerja secepat mungkin dengan alat-alat yang disediakan. ‘Food truck’ ini telah selesai menyediakan satu ribu pek makanan dalam tempoh empat jam,” katanya kepada Reuters.
Trak ini bergerak ke kawasan perumahan yang miskin di mana sukar untuk mereka memenuhi keperluan asas keluarga mereka.
“Ia merupakan satu pertolongan yang besar bagi mereka yang kurang bernasib baik,” kata seorang sukarelawan, Munayah.
Sebelum matahari terbenam bagi menandakan berkhirnya tempoh berpuasa, penduduk tempatan mula beratur dan para sukarelawan bersedia untuk menyerahkan makanan.
Seorang penduduk tempatan, Endan, dan keluarganya merupakan antara yang menerima makanan percuma yang ditawarkan di sini.
“Ia kelihatan seperti tiada industri di sini. Kawasan ini ada kilang tetapi sumber untuk penduduk tempatan masih berkurangan. Keperluan asas seperti air yang bersih dan alat bantuan untuk golongan miskin masih tidak mencukupi,” katanya.
Indonesia adalah negara paling ramai penduduk Islam di dunia dan juga ekonomi terbesar di Asia Tenggara.
Menurut badan kebajikan Oxfam, satu peratus dari golongan berada menguasai hampir separuh ekonomi negara itu.
Topic Berkaitan
#buka puasa
#Food truck
#Indonesia
#Oxfam
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan