awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hebatnya diaspora bangsa Melayu - Salleh

Bernama
Bernama
21/07/2017
02:04 MYT
Hebatnya diaspora bangsa Melayu - Salleh
SALLEH: Bangsa Melayu sudah mampu menjadi Melayu Glokal untuk terus bersaing dan mengekalkan kehebatan tersebut bagi mengelak tragedi perpecahan dan ditindas. - Gambar fail
Kehebatan diaspora bangsa Melayu perlu dikekalkan bagi membolehkan mereka bersaing dengan bangsa lain di pentas antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata bangsa Melayu sudah mampu menjadi Melayu Glokal untuk terus bersaing dan mengekalkan kehebatan tersebut bagi mengelak tragedi perpecahan dan ditindas seperti yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya di tanah air mereka.
Antara faktor kehebatan diaspora Melayu adalah kecekapan, kerajinan, keberanian, kecekalan, ketabahan, bekerja keras dan berjiwa besar, selain faktor agama Islam, keterbukaan minda dan pengamalan budaya dan bahasa Melayu.
"Sebagai bangsa Melayu, bersyukurlah dengan anugerah Allah ini," katanya menerusi laman blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai diaspora Melayu, Salleh berkata, kehidupan mereka tidak hanya terkongkong di tanah air sendiri, tetapi bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti di Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Arab Saudi, China, Madagascar, Kemboja, Mesir, Perancis, Sepanyol, Belanda, dan Amerika Syarikat.
Menurutnya, jumlah mereka dianggarkan seramai 500 juta orang atau kira-kira sembilan peratus daripada jumlah penduduk dunia dan ini menunjukkan Melayu merupakan sebuah bangsa yang hebat.
Beliau juga menghuraikan lima aspek kehebatan mereka iaitu; mempunyai jati diri yang tinggi, kekal berbudaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam serta mampu membangunkan komuniti sendiri biarpun di tempat orang.
Bangsa ini bersatu atas nama berasal dari rumpun yang sama serta kekal dengan adat gotong-royong dan tolong-menolong serta berjaya menjadi tokoh terkenal di negara baharu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangsa
#diaspora
#Melayu
#Melayu Glokal
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan