awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman

Agensi
Agensi
27/02/2021
05:39 MYT
Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman
Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini. -Facebook@COVIDDecoded1
NAMA saintis Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci mungkin satu ketika dulu begitu asing bagi masyarakat dunia.
Namun segalanya berubah selepas pasangan itu berjaya menghasilkan ‘penawar’ kepada pandemik COVID-19.
Kejayaan pengasas syarikat farmaseutikal BioNTech itu menghasilkan vaksin COVID-19 pertama dengan keberkesanan lebih 90 peratus dianggap satu perkembangan baharu dalam dunia perubatan, khususnya dalam melawan pandemik yang meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia, setakat ini.
Susulan sumbangan mereka, Pejabat Presiden mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.
Menurut kenyataan, Sahin, 56, dan Tureci, 54, dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.
Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini.
“Dengan pembangunan vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, Tureci dan Sahin memberikan sumbangan besar dalam membendung penularan COVID-19.
“Kedua-dua saintis itu menghubungkan penyelidikan asas perubatan dengan menterjemahkan untuk penggunaan praktikal,” demikian menurut kenyataan itu.
BACA: Kenali pasangan suami isteri di sebalik vaksin Pfizer-BioNTech
Sahin dan Tureci menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.
Vaksin Pfizer menggunakan teknlogi baharu mRNA sintetik (asid ribonukleik pengutus) yang menghantar arahan genetik kepada sel manusia untuk membina sebahagian daripada koronavirus.
Molekul mRNA berada dalam partikel lemak untuk melindunginya, tetapi ia mudah terurai lebih cepat berbanding vaksin biasa. Oleh sebab itu, ia memerlukan simpanan suhu ultra-rendah.
Setakat ini, Malaysia antara negara yang menerima vaksin Pfizer, dengan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 pada 21 Februari lalu.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Jerman
#BioNTech
#Pfizer
#COVID-19
#Vaksin Pfizer
#Dr Ugur Sahin
#Dr Ozlem Tureci
#Pengasas BioNTech
#koronavirus
#pandemik
#vaksin
#Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan