awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntong Tutok, cita rasa tempatan di Sarawak, penambah selera ketika moreh

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
10/04/2022
11:10 MYT
Suntong Tutok, cita rasa tempatan di Sarawak, penambah selera ketika moreh
Permintaan yang tinggi terhadap Suntong Tutok menyebabkan ramai peniaga yang terlibat menjual produk ini di sebalik harganya yang mahal ketika ini. FOTO: Astro AWANI
KUCHING: Suntong Tutok merupakan satu juadah yang cukup terkenal dan digemari di Sarawak serta antara yang menerima perminataan yang tinggi di sepanjang bulan Ramadan.
Ia merupakan kudapan sotong bakar yang diketuk atau digiling dan dihidangkan bersama sos istimewa yang disediakan peniaga.
Permintaan yang tinggi terhadap Suntong Tutok menyebabkan ramai peniaga yang terlibat menjual produk ini di sebalik harganya yang mahal ketika ini.
Bagi Dayang Zunika Abang Adenan, 54 tahun, harga pasaran sotong kini boleh mencecah sehingga RM160 sekilogram namun hal ini tidak menghalang orang ramai untuk terus melakukan tempahan.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
“Dulu jualan sotong ni agak kurang kerana bekalan pun tidak banyak tetapi sekarang jauh berbeza kerana peniaga pun semakin ramai, harga juga terus meningkat.
“Hingga sekarang orang ramai ternanti-nanti ketibaan bulan puasa kerana akan muncul ramai peniaga Suntong Tutok dan mendapat sambutan warga tempatan kerana sudah menjadi juadah kegemaran ketika Ramadan.
‘’Jadi tidak kira sejauh mana mereka berada, mereka akan mencari gerai suntong tutok,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kuching pada Jumaat.
Beroperasi setiap malam sepanjang bulan Ramadan, Dayang berkata hasil jualannya tidak pernah kurang daripada lima kilogram sotong sehari dan setiap sotongnya dijual bermula dengan harga RM5 hingga RM25 seekor mengikut saiz.
Tambahnya, dia kini lebih senang menggunakan kaedah menggiling sotong kerana saiz sotong yang lebih panjang dan tebal namun tetap mengambil tempahan membuat sotong ketuk sekirnya ada permintaan daripada pembeli.
 Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
“Dulu-dulu sotong lebih mudah diketuk kerana saiznya kecil jadi cepat lembut tetapi sekarang banyak sotong besar dan tebal, jadi apabila digiling ia menarik perhatian kerana menjadi semakin panjang sebab itulah orang suka yang ini dan kalau yang diketuk pula ia menjadi kecut.
“Tapi bezanya pula pada rasa dan teksturnya sotong itu terasa lebih manis dan sedap diketuk berbanding yang digiling,” jelasnya.
Selain itu, kemahirannya mengguling sotong juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana berjaya menggiling sotong terbanyak melebihi dua meter.
Suntong Tutok | Tetap terima permintaan tinggi walaupun mahal
Topic Berkaitan
#Suntong Tutok
#Ramadan 2022 Sarawak
#Juadah Berbuka Puasa
#Malaysia Book of Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan