awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidur lebih lena dengan tilam kualiti tinggi CUCKOO

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
26/03/2021
02:35 MYT
Tidur lebih lena dengan tilam kualiti tinggi CUCKOO
Tilam CUCKOO A-Series. - Foto CUCKOO
KLANG: Peneraju produk kelengkapan rumah, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) atau lebih dikenali dengan slogan ‘Healthy Home Creator’ melancarkan tilam CUCKOO A-Series dengan kerjasama Lee Swee Kiat Group Bhd (LSK) menyasarkan jualan melebihi RM60 juta pada tahun ini.
Ketua Pegawai Pelanggan Toh Seng Lee berkata, dengan kepakaran dan pengalaman LSK, syarikat yakin lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kehidupan dan kediaman yang lebih sihat.
“Dalam tempoh tiga tahun, kami berharap mampu membantu lebih daripada 160,000 orang, dengan menawarkan tidur yang lebih lena.
“Kerjasama melalui LSK dan jenama tilamnya, Napure ini membuahkan hasil apabila ia dapat berdiri sebaris dengan produk kami yang lain dan melangkaui batasan standard.
"Proses pembuatannya sangat teliti bagi menghasilkan produk berkualiti yang juga digandingkan dengan servis gred A berteknologi tinggi,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Ketua Pegawai Pelanggan, Toh Seng Lee. - Foto CUCKOO
Ketua Pegawai Pelanggan, Toh Seng Lee. - Foto CUCKOO
Kualiti
Dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti termasuk lapisan 100 peratus lateks bebas Anilina, iaitu toksin berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan.
Agen pelekat bergred pemakanan digunakan bagi menggantikan Anilina bagi menghindari ketidakselesaan pada tubuh.
Servis
Setiap pembelian akan disertakan dengan servis pembersihan setiap empat bulan kendalian pasukan servis CUCKOO+ (CUCKOO Plus) berpengalaman dengan markah kepujian 97 peratus daripada pelanggan.
Bagi memastikan tilam bebas dari pepijat dan kotoran, teknologi Triple Supreme yang merangkumi pembersihan vakum berkuasa tinggi, pembersihan hydro dan all-in hunting digunakan dalam setiap servis pembersihan tilam.
Kualiti tidur
Terdiri daripada empat lapisan yang menawarkan keistimewaan tersendiri pada setiap lapisan termasuk teknologi dustic freeze pada lapisan luaran yang menjadikannya nyaman, bebas debu dan hama serta mengurangkan risiko serangan alahan.
Ia turut dilengkapi ‘tujuh zon sokongan rangka tubuh’ yang menyokong tubuh dan ‘lima Zon spring teras’ ergonomik, memastikan tiada pemindahan pergerakan dan gangguan terhadap pasangan semasa tidur.
Tambah menarik, pelanggan diberi kebebasan memilih tahap kekenyalan tilam, iaitu A-Series Firm atau A-Series Soft.
Naib Presiden Jualan Divisyen CUCKOO, Hazman Zakaria. - Foto CUCKOO
Naib Presiden Jualan Divisyen CUCKOO, Hazman Zakaria. - Foto CUCKOO
Sementara itu, Naib Presiden Jualan Divisyen CUCKOO, Hazman Zakaria berkata, syarikat turut menawarkan pelan pembayaran inovatif yang membolehkan pelanggan membuat bayaran mengikut kemampuan untuk memiliki produk tersebut.
“Bagi tilam ini, kami menyediakan pelan sewaan mampu milik, memudahkan pelanggan dari segi kewangan sambil membolehkan mereka menikmati servis pembersihan berkualiti.
“Pelanggan hanya perlu membayar serendah RM150 sebulan selama tiga tahun untuk mendapatkan waranti 10 tahun beserta servis pembersihan berkala setiap empat bulan,” katanya.
Pengarah Urusan LSK, Datuk Eric Lee. - Foto CUCKOO
Pengarah Urusan LSK, Datuk Eric Lee. - Foto CUCKOO
Dalam pada itu, Pengarah Urusan LSK, Datuk Eric Lee berkata, selain diiktiraf dalam The Malaysia Book of Records sebagai First Latex Bedding Manufacturer oleh Global Organic Latex Standard, pihaknya akan terus berkolaborasi menghasilkan tilam berkualiti untuk membantu pengguna mencapai keselesaan tidur pada tahap tertinggi.
“Ini dapat melengkapkan penawaran produk berkualiti bagi CUCKOO dan saluran penjualan baharu kepada pengguna untuk kami.
“Bagi LSK, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dipergiatkan, selain menjadi peneraju teknologi tilam masa kini dengan penggunaan bahan yang boleh diperbaharui serta teknologi hijau,” ujarnya.
CUCKOO turut melantik Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta tilam itu selaras dengan falsafah sentiasa melangkaui batasan dan berusaha membentuk serta memiliki kediaman lebih sihat.
Bagi mereka yang ingin memiliki tilam tersebut, boleh kunjungi CUCKOO Brandstore, Brandkiosk, e-Brandstore dalam talian, agen CUCKOO yang sah atau layari www.CUCKOO.com.my untuk maklumat lanjut.
Sewa tilam CUCKOO A-Series dan nikmati servis permbersihan gred A. - Foto CUCKOO
Sewa tilam CUCKOO A-Series dan nikmati servis permbersihan gred A. - Foto CUCKOO
Kesihatan | CUCKOO komited bantu pengguna capai kualiti tidur
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Topic Berkaitan
#Cuckoo
#Healthy Home Creator
#tilam CUCKOO A-Series
#Lee Swee Kiat Group Bhd
#LSK
#Toh Seng Lee
#Hazman Zakaria
#Datuk Eric Lee
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#kelengkapan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan