awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar
Menteri kecewa, berang hampir setiap minggu gangguan perkhidmatan tren
Rebat RM50 tiket penerbangan sempena Gawai, Kaamatan – MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VistaJet sedia bilik mainan kanak-kanak pertama dalam pesawat

Bernama
Bernama
06/06/2018
00:21 MYT
VistaJet sedia bilik mainan kanak-kanak pertama dalam pesawat
VistaJet dicipta untuk penumpang berumur antara satu hingga 16 tahun, Adventures in the Sky, menjadikan ruang kabin VistaJet kepada bilik permainan dan tempat mengadakan parti. - Foto www.vistajet.com
VistaJet Ltd melancarkan program pengembara paling meluas yang direka khas untuk kanak-kanak, dikenali sebagai 'Adventures in the Sky'.
Dicipta untuk penumpang berumur antara satu hingga 16 tahun, Adventures in the Sky, menjadikan ruang kabin VistaJet kepada bilik permainan dan tempat mengadakan parti.
VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan satu-satunya yang mengambil langkah itu untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap penumpang.
Syarikat itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata program tersebut terdiri daripada hiburan interaktif, aktiviti pendidikan dan parti yang disesuaikan, di udara untuk mewujudkan perjalanan impian pengembara muda.
Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dengan buku-buku ilustrasi bercerita serta hamper aktiviti keluarga, dan dilayan oleh petugas terlatih melayani kanak-kanak, menawarkan menu khas dan pelbagai pengembaraan interaktif.
Siri parti bertema pula dicipta dengan kerjasama Sharky and George, syarikat acara kanak-kanak berpangkalan di London. Setiap aktiviti dihoskan oleh pasukan pakar.
Foto: www.vistajet.com
Foto: www.vistajet.com
Perkhidmatan kanak-kanak tambahan itu dikhususkan untuk anggota Program VistaJet. Perkhidmatan itu tersedia dari pelbagai lokasi global dalam pelbagai bahasa.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.vistajet.com/children
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adventures in the Sky
#bilik permainan
#George
#parti
#ruang kabin
#Sharky
#VistaJet Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan