8 PPS dibuka susulan kebakaran Kg Bahagia
Sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara dibuka setakat Rabu bagi menempatkan 1,912 mangsa daripada 385 keluarga susulan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan pada Ahad. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
