Bharatanatyam antara seni dan saintifik
Setiap kali tibanya Tahun Baharu Tamil atau atau Puthandu, pelbagai elemen kebudayaan diketengahkan sebagai simbol permulaan baharu, daripada adat resam, makanan tradisi hinggalah kepada seni persembahan.
Antara yang terus mendapat tempat ialah Bharatanatyam, tarian klasik yang bukan sahaja mencerminkan keindahan tradisi, malah melambangkan kesinambungan budaya merentas generasi.
