Diskaun elektrik 25 peratus buat Sarawak hingga Disember 2026 - Abang Jo
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg mengumumkan diskaun elektrik 25 peratus untuk semua pengguna domestik sebagai langkah melindungi rakyat susulan tekanan global.
Seramai 714,557 pengguna bakal menikmati manfaat ini dengan kos RM188.1 juta ditanggung penuh kerajaan negeri dari April hingga Disember 2026.
