Lelaki dipenjara lapan tahun, cuba bunuh polis guna kerambit
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah melakukan cubaan bunuh terhadap seorang pegawai polis dengan menggunakan sebilah kerambit.
