Pentadbir akaun Facebook dipenjara 10 bulan, denda RM50,000
Seorang pentadbir akaun Facebook dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak selepas didapati bersalah memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menyinggung sensitiviti agama Islam serta menghina pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
