Toronto raikan kepulangan Artemis II
Puluhan peminat angkasa lepas berkumpul di Universiti Toronto pada Jumaat, 10 April, bagi menyaksikan kapsul Artemis II bersama empat kru selamat kembali ke Bumi, sekali gus menamatkan misi penerbangan manusia ke sekitar bulan yang pertama dalam tempoh lebih 50 tahun.
