awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/05/2022
05:16 MYT
BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus - Pakar
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.
"BNM sedang meninjau, melihat dan meneliti dasar-dasar yang ada dan kita sedia maklum bahawa minggu ini akan diumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama yang dijangka lebih baik pertumbuhannya.
"BNM perlu melihat dasar dengan lebih teliti sebelum membuat sebarang keputusan dan saya percaya keperluan untuk meningkatkan OPR itu ada," katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI pada Selasa.
Niaga AWANI: OPR | Adakah ada kenaikan minggu ini?
Jelasnya, antara perkara utama yang perlu difahami adalah apabila OPR perlu bergerak seiring dengan pergerakan ekonomi.
"Apabila ekonomi lemah, terdapat keperluan untuk menurunkannya dan apabila ekonomi mula tunjuk tanda-tanda pemulihan, maka pihak BNM atau bank pusat akan menaikkannya.
"Kalau kita lihat di Amerika Syarikat (AS), mereka bakal laksana dasar monetari yang begitu ketat dan bakal menaikkan kadar faedah mereka secara agresif," katanya.
Menurutnya, itu antara perkara atau intipati menjadi penilaian dan pertimbangan yang mungkin akan memberi sedikit impak kepada sentimen pasaran serta bagaimana pihak BNM bakal mentadbir dasar OPR pada masa akan datang.
BNM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa dijangka mengumumkan OPR baharu Malaysia pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#kadar dasar semalaman
#Bank Negara Malaysia
#OPR Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan