awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM perkenal teknologi 'kesan dakwat' untuk tangani kes curi di ATM

Bernama
Bernama
11/05/2015
05:17 MYT
BNM perkenal teknologi 'kesan dakwat' untuk tangani kes curi di ATM
Teknologi 'kesan dakwat' itu akan keluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan dan kotorkan wang kertas di semua sudut jika ada cubaan untuk membega ATM.
Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini memperkenal teknologi 'kesan dakwat' bagi menangani insiden mencuri yang membabitkan mesin teler automatik (ATM).
Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection, itu akan mengeluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, dan mengotorkan wang kertas di semua sudut, jika berlaku cubaan untuk membega ATM.
Timbalan Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim berkata wang kertas yang tercemar itu akan hilang tender sahnya, sekali gus tidak boleh dimasukkan semula ke dalam edaran.
"Bagi memastikan inisiatif ini berkesan, orang ramai mesti menjalankan tugas sivik masing-masing dengan sentiasa berjaga-jaga ketika menerima mata wang yang sudah tercemar, yang kemungkinan besar wang curi.
"Wang kertas yang dicemari dakwat itu tidak boleh dicuci dan perlu dipulangkan kepada bank pusat untuk penggantian," katanya dalam ucapan pada pelancaran 'My Ringgit' di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi ABM yang juga Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Datuk Seri Mortadza Nazarene.
Pengarah Jualan dan Operasi Oberthur Cash Protection, Eric Hauw, berkata teknologi itu dibangunkan 10 tahun lepas dan digunakan oleh 25 hingga 30 negara di Eropah Barat, Amerika Latin dan Afrika sejak lima tahun lepas.
"Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi ini dan kami berharap negara ini mencatat kadar kejayaan yang sama seperti negara lain yang telah menggunakannya," katanya.
Hauw berkata kos memasang sistem itu kira-kira 30 peratus tambahan bagi setiap ATM.
BNM juga melancarkan aplikasi baharu telefon pintar 'My Ringgit', perkakasan pendidikan interaktif untuk mempelajari dan meneroka teknologi mata wang Malaysia.
Topic Berkaitan
#ATM
#Bank Negara
#kes curi
#Oberthur Cash Protection
#rompak
#teknologi kesan dakwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan