awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi negara menguncup 5.5 peratus tahun ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/11/2020
02:59 MYT
Ekonomi negara menguncup 5.5 peratus tahun ini
Mustapa menegaskan, kesan negatif ekonomi pada tahun ini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan menjangkakan unjuran ekonomi negara akan menguncup kepada 5.5 peratus sehingga 3.5 peratus pada tahun ini susulan impak COVID-19.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup 8.3 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Jeli itu, kesan negatif ekonomi pada tahun ini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun depan.
"Penunjuk ekonomi pada bulan Ogos dan September telah menunjukkan lebih baik berbanding separuh pertama tahun 2020.
"Eksport Malaysia meningkat kepada 13.6 peratus, nilai jualan perdagangan borong dan runcit naik sebanyak 2.5 peratus, jualan kereta penumpang pada September naik lapan peratus dan pasaran buruh kekal mencatatkan kadar penganguran 4.7 peratus pada Julai dan September," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam).
Mohd Fasiah meminta Perdana Menteri menyatakan setakat manakah impak ekonomi daripada pandemik COVID-19 khususnya kepada individu, isi rumah dan syarikat perniagaan serta pelbagai sektor ekonomi negara.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan menjangkakan ekonomi negara mungkin akan terjejas pada Oktober dan November susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri dalam usaha mengekang gelombang ketiga COVID-19.
Bagaimanapun, tegas beliau kerajaan telah menggerakkan pelbagai inisiatif untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang terkesan akibat wabak tersebut.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 27 hari sehingga 15 Disember berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Kawalan keselamatan dan kawalan pencegahan COVID-19 semakin ketat apabila semua Ahli Parlimen termasuk pegawai, pengurusan, petugas media dan petugas am wajib menjalani ujian COVID-19.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#Dewan Rakyat
#KDNK
#COVID-19
#ekonomi
#Parlimen
#pemulihan
#kesan negatif
#menguncup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan