awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak dijangka cecah US$58-US$68 setong

Bernama
Bernama
09/11/2017
12:15 MYT
Harga minyak dijangka cecah US$58-US$68 setong
Harga minyak mentah kukuh dan semakin meningkat, tidak lagi turun naik seperti sebelum ini, menurut Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Dr Kenneth Gerard Pereira. - Gambar hiasan
Harga minyak mentah diunjur berada dalam jajaran antara US$58 dan US$68 (US$1=RM4.21) setong dalam tempoh beberapa bulan akan datang sejajar dengan jangkaan industri, kata Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Dr Kenneth Gerard Pereira.
Beliau berkata penanda aras minyak mentah Brent, yang ketika ini didagangkan pada US$63 setong, merupakan petunjuk kukuh permintaan asas berikutan peningkatan jumlah penduduk dunia.
"Harga minyak mentah kukuh dan semakin meningkat, ia tidak lagi turun naik seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sesi Makluman Terkini Korporat dan Perniagaan Hibiscus Petroleum, di sini, hari ini.
Pereira berkata penduduk dunia dijangka meningkat daripada kira-kira 7.3 bilion hari ini kepada lebih sembilan bilion menjelang 2040.
"Semakin ramai orang yang akan bergantung kepada tenaga bagi menampung keperluan kehidupan asas serta pengangkutan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata unit syarikat itu, Anasuria Hibiscus (UK) Ltd, berjaya menyiapkan dua projek utama di lapangan minyak dan gas Anasuria Cluster di United Kingdom Continental Shelf, baru-baru ini.
Hibiscus memiliki aset di United Kingdom, Malaysia dan Australia.
"Kami menjangka projek-projek ini akan meningkatkan prestasi jangka pendek dan sederhana aset," kata Pereira, sambil menambah jumlah pengeluaran minyak di Anasuria Cluster diunjur meningkat sehingga 56 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang kepada 5,000 tong sehari.
Hibiscus Petroleum membeli 50 peratus kepentingan dalam aset itu dan melaksanakan pelbagai usaha bagi menambah baik kemudahan menerusi entiti operasi bersamanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brent
#Hibiscus Petroleum
#industri
#minyak
#minyak mentah
#penduduk dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan