awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tergesa-gesa tandatangani TPPA - MMA

Bernama
Bernama
12/08/2015
01:15 MYT
Jangan tergesa-gesa tandatangani TPPA - MMA
MMA: kerajaan perlu mengkaji TPPA dengan teliti sebagai usaha melindungi sistem penjagaan kesihatan dan kebajikan rakyat.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya tidak tergesa-gesa menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang mungkin memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan negara.
Presiden MMA Dr Ashok Zachariah Philip berkata kerajaan perlu mengkaji TPPA dengan teliti sebagai usaha melindungi sistem penjagaan kesihatan dan kebajikan rakyat.
"Kami telah menemui Menteri Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung kebimbangan kami.
"Bagaimanapun, disebabkan rundingan tertutup, kami tetap tidak selesa mengenai potensi hasilnya," katanya pada sidang media di ibu pejabat MMA di sini pada Selasa.
Beliau berkata MMA telah mengemukakan memorandum berhubung kebimbangannya kepada kerajaan pada 4 Ogos lepas.
Dr Ashok berkata antara kebimbangan utama ialah kemungkinan TPPA akan membenarkan tempoh paten ubat dilanjutkan kepada lebih 20 tahun, seterusnya menghalang pengeluaran dan menafikan peluang ramai pesakit untuk mendapat ubat generik yang lebih murah dari segi kos.
"Kami juga amat bimbang mengenai Mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Kerajaan, berikutan ia akan memberi lebih manfaat kepada syarikat multinasional berbanding negara membangun," katanya.
MMA turut membantah lanjutan tempoh eksklusif data ke atas ubat, yang boleh dilanjutkan sehingga lebih tujuh tahun di bawah TPPA.
Ia juga menggesa kerajaan merangka langkah-langkah kawalan tembakau daripada TPPA.
Rundingan TPP disertai 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, yang mewakili 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.
Bagaimanapun, pemimpin yang ke Mesyuarat peringkat Menteri TPP di Hawaii, Amerika Syarikat, pada 28-31 Julai, gagal mendapat persetujuan selepas rundingan selama lima tahun.
Topic Berkaitan
#Ashok Zachariah Philip
#MMA
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan