awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDE Asia beli 173,100 saham OldTown pada harga RM3.10 seunit

Bernama
Bernama
29/12/2017
08:20 MYT
JDE Asia beli 173,100 saham OldTown pada harga RM3.10 seunit
JDE Asia membuat tawaran tunai prasyarat bagi membeli kesemua terbitan saham biasa OldTown pada harga RM3.18 sesaham dengan penilaian syarikat itu pada RM1.47 bilion. - Gambar fail
Syarikat minuman Belanda, Jacobs Douwe Egberts Holdings Asia NL BV (JDE Asia) telah membeli sejumlah 173,100 saham-saham pengendali rangkaian kopitiam, OldTown Bhd (OldTown) pada harga purata RM3.10 sesaham.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, OldTown berkata, pembelian itu berkaitan dengan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat oleh JDE Asia pada 11 Disember lepas.
Pada tarikh itu, JDE Asia membuat tawaran tunai prasyarat bagi membeli kesemua terbitan saham biasa OldTown pada harga RM3.18 sesaham dengan penilaian syarikat itu pada RM1.47 bilion.
JDE Asia merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung Jacobs Douwe Egberts BV (JDE), sebuah syarikat persendirian yang merupakan antara peneraju produk berasaskan kopi dan teh global dengan jenama seperti Jacobs, Tassimo, Moccona, Senseo, Douwe Egberts dan Super.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanda
#beli
#Jacobs Douwe Egberts Holdings Asia
#JDE Asia
#OldTown
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan