awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat - MITI

Bernama
Bernama
03/03/2025
15:02 MYT
Kerajaan promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat - MITI
Malaysia sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada prinsip tidak berpihak pada mana-mana blok ekonomi global. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi lebih penekanan terhadap promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat, berlandaskan kestabilan politik, ekonomi, dasar pro-perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Promosi itu akan dipertingkatkan melalui strategi pempelbagaian eksport untuk memperluaskan rangkaian produk Malaysia terutamanya ke negara-negara pasaran baharu di Asia Tengah, Asia Barat dan Benua Afrika.
"Malaysia sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada prinsip tidak berpihak pada mana-mana blok ekonomi global. Kerajaan berpendirian bahawa lebih ramai rakan dagang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," katanya.
"Pendirian berkecuali Malaysia dalam geopolitik global serta ekonomi, di samping hubungan diplomatik yang seimbang dengan pelbagai negara, memberi keyakinan kepada para pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang stabil dan selamat bagi pelaburan mereka," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara hari ini.
MITI menjawab soalan daripada Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkenaan pelan perancangan dan tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan susulan dasar tarif universal serta sekatan perdagangan yang dikenakan terhadap China, Mexico dan Kanada yang akan memberi kesan langsung kepada Malaysia termasuk negara ASEAN.
Kerajaan juga akan mempelbagaikan dan meluaskan pasaran eksport produk Malaysia melalui pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) baharu selain meneliti potensi FTA dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan beberapa negara lagi.
"Di peringkat dua hala, kerajaan juga akan meneruskan usaha diplomasi menggunakan pendekatan keterlibatan dan perbincangan serta libat urus strategik dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat," katanya.
"Malaysia akan terus aktif dalam dalam forum-forum pelbagai hala serta FTA serantau seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#promosi Malaysia
#destinasi pelaburan selamat
#kestabilan politik
#ekonomi
#dasar pro-perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan