awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHA 2022: MAFI sasar RM250 juta potensi jualan

Eton Khir
Eton Khir
09/06/2022
12:28 MYT
MAHA 2022: MAFI sasar RM250 juta potensi jualan
Ronald sewaktu merasmikan Pra-Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang pada Khamis. - Foto ihsan MAFI
SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM250 juta pada penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) tahun ini.
Selain itu, pameran pertanian terbesar negara yang bakal berlangsung bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos depan turut menjangkakan kehadiran lebih 1.1 juta pengunjung.
Selepas empat tahun tiada penganjuran, MAHA 2022 akan dilaksanakan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, tema pameran kali ini iaitu 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' adalah bertepatan dengan situasi yang dihadapi ketika ini.
“Pengunjuran ini merupakan selepas empat tahun tidak dapat dianjurkan ekoran pandemic COVID-19. Selain itu, kita juga menjangkakan lebih 100,000 pengunjung setiap hari dan lebih kurang RM250 juta bagi potensi jualan.
"Pada masa sama, pelbagai program turut akan dilaksanakan pada tahun ini," kata beliau ketika berucap pada Pra-Pelancaran MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Khamis.
Selain pameran dan gerai-gerai jualan, antara yang menjadi tumpuan pada MAHA kali ini ialah pelbagai program yang bakal diadakan antaranya Agro Trade, Agro Edutainment, Agro Lifestyle, Agro Youth, Agro Tourism, Agro Tech dan Agro Job Fair.
MAHA 2022 bukan sahaja disertai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, malah turut membabitkan penyertaan pihak swasta serta korporat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#MAFI
#Ronald Kiandee
#Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
#MAHA 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan