awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/01/2023
11:02 MYT
OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap pada sidang media Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 di sini, hari ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pengguna khususnya perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kedudukan inflasi di negara ini.
"Sebab itu juga saya terus bercerita tentang peranan pengguna mengenai inflasi. Kalau Kerajaan ambil keputusan bantu rakyat dengan mengekalkan OPR, dan kalau BNM mengekalkan keputusan OPR kepada 2.75 peratus dan sebagainya, risikonya ialah itu akan mendorong inflasi lagi.
"Sebab itu, kita kekalkan OPR 2.75 peratus kalau keputusan BNM begitu dan untuk masa akan datang, kalau OPR 2.75 peratus, maka inflasi kekal mereda dalam Januari, Februari, itu akan menunjukkan OPR boleh kekal pada 2.75 peratus untuk kita meredakan inflasi," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Justeru, beliau melihat semua pihak perlu bersama-sama melakukan sesuatu terhadap harga makanan dan barangan bagi meredakan inflasi negara.
"It's a win win kepada orang ramai dan negara, sebab itu penting untuk kita melakukan sesuatu mengenai harga barang makanan dan barang siap yang kita beli di hotel, kerana ini adalah the main component that drives the inflation," ujarnya.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut sejak Mei tahun lalu.
Kenaikan OPR bermula pada Mei, Julai, September dan November dengan peningkatan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Bank Negara Malaysia
#OPR
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan