awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Marcos kembali ke rutin biasa di tengah-tengah spekulasi kesihatan

Bernama
Bernama
08/04/2026
17:04 MYT
Presiden Marcos kembali ke rutin biasa di tengah-tengah spekulasi kesihatan
Pada Januari, Marcos didiagnosis menghidap divertikulitis, iaitu keradangan pada kantung kecil dalam usus besar, yang menyebabkan beliau terlepas beberapa acara rasmi. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Rabu menafikan khabar angin mengenai tahap kesihatannya, sambil memberi jaminan kepada orang ramai yang beliau kembali menjalani rutin biasa sejak beberapa bulan lepas, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

“Saya tiada masalah kesihatan. Saya sudah kembali bersenam seperti biasa. Saya kembali ke rutin biasa sejak tiga bulan lepas,” kata Marcos dalam temu bual video bersama Pegawai Akhbar Istana Claire Castro.
Presiden turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang mengambil berat, namun menasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dakwaan di media sosial.
“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya. Jangan ambil terlalu serius, anda tahu, media sosial itu bersifat lucu,” katanya.
Pada Januari, Marcos didiagnosis menghidap divertikulitis, iaitu keradangan pada kantung kecil dalam usus besar, yang menyebabkan beliau terlepas beberapa acara rasmi. Bagaimanapun, tidak lama kemudian beliau dapat kembali menyambung jadual kerja seperti biasa.
Marcos berkata beliau terus memantau kesihatannya dan memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk bekerja.
“Saya melakukan seperti biasa, menjaga kesihatan, memastikan saya sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas,” katanya.
Presiden juga berkongsi yang beliau kembali kepada diet normal tanpa sekatan ketat.
“Tiada lagi pantang… sudah lebih sebulan saya tiada sekatan,” katanya.
Sebelum ini, Malacanang menafikan dakwaan di media sosial yang menyatakan Presiden sakit, malah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai kesihatan Ketua Eksekutif itu.
-- BERNAMA-PNA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Ferdinand R. Marcos Jr
#kesihatan
#rutin biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan