awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit melantun semula ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
22/12/2022
11:02 MYT
Ringgit melantun semula ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.4215/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4375/4405 pada Rabu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula daripada penurunan lima hari berturut-turut berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini apabila faktor luaran yang kukuh telah meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.4215/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4375/4405 pada Rabu.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mengukuh hari ini apabila penggubal dasar China mengulangi sokongannya terhadap pasaran hartanah negara itu yang dilanda masalah, yang seterusnya memberikan sentimen baik kepada pasaran dan pertumbuhan serantau.
Di dalam negara, angka terbaharu inflasi dijangka diumumkan esok.
"Saya fikir inflasi keseluruhan akan berkurangan tetapi inflasi teras terus kekal berikutan kos industri perkhidmatan dan makanan yang tinggi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2798/2833 daripada paras penutup 3.2829/2856 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3521 daripada 3.3714/374.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3522/3571 daripada 5.3880/3917 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7085/7127 daripada 4.7113/7145.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Amerika Syarikat
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan