awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saudi Aramco lapor penurunan pendapatan bersih sehingga 38 peratus pada suku kedua

Bernama
Bernama
08/08/2023
04:13 MYT
Saudi Aramco lapor penurunan pendapatan bersih sehingga 38 peratus pada suku kedua
Aramco mengaitkan penurunan itu disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan margin penapisan dan bahan kimia yang lebih lemah.- Gambar fail/REUTERS
RIYADH: Syarikat minyak gergasi negara Arab Saudi Aramco pada Isnin mengumumkan pendapatan bersih AS$30.1 bilion bagi suku kedua 2023, menandakan penurunan 38 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, lapor Xinhua .
Pada suku kedua 2022, syarikat itu melaporkan keuntungan bersih sebanyak AS$48.4 bilion. Selain itu, untuk separuh pertama 2023, keuntungan bersih Aramco berjumlah AS$62.0 bilion, menunjukkan penurunan ketara daripada keuntungan AS$88.0 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama tahun sebelumnya.
Dalam laporan yang diterbitkan pada Isnin, Aramco mengaitkan penurunan itu disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan margin penapisan dan bahan kimia yang lebih lemah.
Walaupun penurunan itu, keuntungan suku kedua masih melebihi jangkaan penganalisis, iaitu sekitar AS$29.8 bilion menurut tinjauan yang dibekalkan Aramco.
Walaupun harga minyak mentah telah melebihi AS$110 setong pada separuh pertama 2022, ia kini berlegar sekitar AS$86 setong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi Aramco
#pendapatan bersih menurun
#harga minyak
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan