awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SME Bank komited selesaikan masalah kesukaran mendapat pembiayaan

Najib Aroff
Najib Aroff
12/03/2018
13:10 MYT
SME Bank komited selesaikan masalah kesukaran mendapat pembiayaan
Pusat Wilayah Selatan SME Bank mencatatkan portfolio pembiayaan bernilai lebih RM744 juta atau 11.4 peratus daripada jumlah portfolio Bank. - Foto AstroAWANI
SME Bank menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus kelulusan permohonan pembiayaan oleh syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Sasaran itu berdasarkan permohonan yang diterima hasil sesi bertemu pelanggan wilayah Selatan di sini hari ini.
Pada majlis sama, SME Bank menyerahkan surat kelulusan pembiayaan bernilai RM13.63 juta kepada enam pelanggan terpilih yang terlibat dalam sektor kejuruteraan, pembinaan, minyak dan gas dan perkhidmatan.
Majlis bertemu pelanggan SME Bank dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Chua Tee Yong.
"Program di Melaka ini adalah yang kelima untuk tahun ini selepas diadakan di Subang, Selangor; Kuching, Sarawak; Tawau, Sabah dan Alor Setar, Kedah.
“Program ini bertujuan menangani masalah kesukaran mendapat pembiayaan yang dihadapi usahawan PKS khususnya bagi mereka yang berada di kawasan selatan tanah air,” kata Ketua Pegawai Operasi, Perbankan, SME Bank, Datuk Kamluddin Ismail.
Pusat Wilayah Selatan SME Bank mencatatkan portfolio pembiayaan bernilai lebih RM744 juta atau 11.4 peratus daripada jumlah portfolio Bank.
Ia merangkumi empat cawangan operasi di Johor dan Melaka melibatkan 562 pelanggan.
Topic Berkaitan
#Chua Tee Yong
#Datuk Kamluddin Ismail
#MITI
#pembiayaan
#PKS
#SME Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan