awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu tidak mahu bergantung kepada wang ihsan minyak - Menteri Besar

Bernama
Bernama
09/08/2015
08:24 MYT
Terengganu tidak mahu bergantung kepada wang ihsan minyak - Menteri Besar
AHMAD RAZIF:Dalam keadaan harga minyak yang tidak stabil dan komoditi yang tidak stabil, kita kena perlu cari alternatif lain. - Gambar fail
Terengganu tidak lagi boleh bergantung kepada sumber ekonomi hasil minyak melalui pembayaran wang ehsan sebaliknya perlu mencari alternatif ekonomi lain dan baharu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata sudah sampai masa untuk negeri ini memikirkan alternatif lain dalam menjana sumber ekonomi khasnya dalam sektor industri berkaitan minyak dan gas selain sektor pertanian dan pelancongan.
"Dalam keadaan harga minyak yang tidak stabil dan komoditi yang tidak stabil, kita kena perlu cari alternatif lain.
"Alternatif yang kita fokus sekarang adalah pengeluaran produk daripada hasil minyak dan gas," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan penjawat awam daerah dan pemimpin masyarakat di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut merancang untuk merancakkan industri maritim dengan memperbesarkan lagi Pelabuhan Kemaman dan Pangkalan Bekalan Kemaman.
Menurutnya Terengganu akan turut memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang mendatangkan lebih banyak tambah nilai kepada produk sedia ada di samping menggerakkan sktor pelancongan seperti di pulau dan tasik.
Ahmad Razif juga mahu aspek kebersihan diambil perhatian khasnya kebersihan tandas dan kawasan awam.
Beliau kemudiannya melawat beberapa tandas awam di Kampung Raja dan Jertih.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif
#minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan