awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo

Bernama
Bernama
24/11/2024
11:11 MYT
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Angka mangsa yang maut dalam kejadian itu dijangka bertambah. - Gambar hiasan
KIGALI (Rwanda): Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakkannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo, menurut sebuah kumpulan masyarakat sivil pada Sabtu.
Menurut Agensi Anadolu, kejadian tanah runtuh di wilayah Kalehe, yang terletak di provinsi Kivu Selatan, berlaku selepas hujan lebat sepanjang malam pada Jumaat, kata Presiden kumpulan masyarakat awam Kalehe, Delphin Birimbi, kepada pemberita.
Laporan menyebut lapan kanak-kanak antara 10 yang maut.
Birimbi berkata beberapa rumah dihanyutkan, manakala 31 rumah lagi mengalami kerosakan.
Beliau menjangkakan angka yang maut mungkin bertambah dan menyatakan hujan lebat juga memusnahkan tanaman.
Beliau merayu pihak berkuasa dan pertubuhan kemanusiaan agar bertindak segera mengurangkan bencana di kawasan itu.
Menurut penduduk, Kalehe kerap mengalami bencana akibat perubahan iklim yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang ketara dan kehilangan nyawa.
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut pada April lepas apabila jurang runtuh ke dalam sungai akibat hujan lebat di barat daya Congo.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan minggu lalu, banjir menjejaskan 55,000 orang di timur wilayah Ituri selepas paras air di Tasik Albert meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Congo
#tanah runtuh
#angka korban
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan