awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 disah maut dalam kebakaran pusat karaoke milik Ratu Dangdut

Bernama
Bernama
25/10/2015
10:46 MYT
12 disah maut dalam kebakaran pusat karaoke milik Ratu Dangdut
Kesemua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Kandou Malalayang, Manado. - Foto AP/Ronny Adolof Buol
Polis mengesahkan 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran di pusat karaoke milik Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara awal pagi tadi.
Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pusat karaoke yang diberi nama Inul Vizta Manadodi yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks sedang padat dengan pengunjung.
Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.
Bagaimanapun ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu sahaja pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.
Kesemua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Kandou Malalayang, Manado.
Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira pukul 3.30 pagi.
Sementara itu Inul yang popular dengan tarian gelek 'gerudi Inul' dipetik dalam laman Instagramnya sebagai berkata kejadian itu memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#pusat karaoke
#Ratu Dangdut
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan