awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 juta kanak-kanak terjejas akibat 'kejutan iklim' di Kenya

Bernama
Bernama
15/02/2024
08:00 MYT
12 juta kanak-kanak terjejas akibat 'kejutan iklim' di Kenya
Beberapa kesan buruk teruk yang menjejaskan kanak-kanak itu termasuk penyakit seperti kolera disebabkan banjir dan kekurangan zat makanan akibat kemarau. - Gambar/ AP
NAIROBI: Lebih 12 juta kanak-kanak di Kenya terjejas akibat fenomena dan tekanan yang berlaku disebabkan perubahan iklim yang tidak dijangka atau "kejutan iklim", lapor Xinhua.
Kementerian Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Perhutanan berkata daripada jumlah itu, 2.4 juta daripada kanak-kanak itu tinggal di kawasan gersang dan separa gersang.
"Kelangsungan hidup kanak-kanak ini terancam akibat kesan perubahan iklim," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beberapa kesan buruk teruk perubahan iklim yang menjejaskan kanak-kanak itu termasuk penyakit seperti kolera disebabkan banjir dan kekurangan zat makanan akibat kemarau.
Kemarau dan banjir yang merupakan kejadian biasa di Kenya sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.
"Keadaan yang teruk yang dialami setiap lapisan masyarakat ini memerlukan campur tangan segera bagi menjamin masa depan kanak-kanak di Kenya," menurut kementerian itu.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Kemarau Kebangsaan, kira-kira sejuta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akibat kemarau yang kerap, terutama di kawasan gersang dan separa gersang.
Kenya adalah antara negara di Afrika yang paling teruk dilanda perubahan iklim, selain Somalia dan Ethiopia.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semasa kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun di Afrika pada 2023, kira-kira 23.4 juta orang mengalami kelaparan, dengan 5.1 juta membabitkan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenya
#negara Afrika
#kejutan iklim
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan