awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Amazonas

Bernama
Bernama
08/10/2024
04:30 MYT
200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Amazonas
Majlis bandaraya Manacapuru memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Awam, Kor Bomba Tentera dan agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
RIO DE JANEIRO: Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut Kor Bomba Tentera Rio de Janeiro, tanah yang menyokong sebahagian Pelabuhan Terra Preta yang terletak di tebing Sungai Amazon, runtuh secara tiba-tiba dan punca kejadian masih belum diketahui.
Walaupun kawasan itu sedang dalam pembinaan, pelabuhan terbabit terus beroperasi sebagai pusat pengangkutan utama.
Dilaporkan lebih 200 orang sedang menjalankan aktiviti memuat dan memunggah barang ketika kejadian berlaku.
Insiden tragis ini mungkin berpunca daripada hakisan tebing sungai yang semakin memburuk akibat kemarau yang melanda wilayah itu.
Majlis bandaraya Manacapuru memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Awam, Kor Bomba Tentera dan agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#tanah runtuh
#Sungai Amazon
#jumlah korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan