awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Min Aung Hlaing angkat sumpah sebagai presiden baharu Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India

Bernama
Bernama
17/01/2025
21:45 MYT
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Penduduk kampung dihimpit oleh seekor lembu semasa cuba mengawal lembu tersebut dalam satu festival menundukkan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang, kebanyakannya penonton, maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.
Kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Khamis semasa acara yang diadakan di beberapa kawasan di negeri Tamil Nadu, selatan India.
Laporan menyatakan dua ekor lembu jantan turut mati dalam insiden berasingan.
Seekor lembu mati ketika acara di Pudukkottai, manakala seorang pemilik lembu dan lembunya maut di Kampung Siravayal, Daerah Sivaganga, dalam acara menjinakkan lembu.
Pegawai berkata, kebanyakan kematian dan kecederaan berlaku di luar gelanggang, tempat pemilik lembu biasanya mengumpulkan lembu mereka selepas acara berlangsung di hadapan ribuan penonton. - BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#tujuh orang maut
#jinakkan lembu
#selatan India
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan