awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian banjir di Jakarta capai 66 orang

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2020
01:05 MYT
Angka kematian banjir di Jakarta capai 66 orang
Beberapa kawasan penempatan berdekatan sungai di Jakarta yang sering mengalami banjir semasa musim hujan masih ditenggelami air atau diliputi lumpur dan serpihan. REUTERS
KORBAN akibat banjir yang melanda Jakarta, Indonesia, sejak 31 Disember lalu meningkat kepada 66 orang, setakat Isnin.
Sementara itu, dua lagi mangsa dilaporkan masih hilang di daerah Lebak, dalam wilayah Banten.
Berdasarkan laporan media tempatan, seramai 173,000 penduduk terpaksa dipindahkan setelah banjir yang turut menyebabkan kejadian tanah runtuh itu melanda.
Ramalan kaji cuaca juga menyatakan, Jakarta akan menerima taburan hujan lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
Menurut jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia, Agus Wibowo, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang sering berlaku ketika banjir.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, lebih 35,000 mangsa di Jakarta yang berada di bangunan kerajaan, sekolah dan kompleks membeli belah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana tidak dapat pulang ke rumah yang masih ditenggelami air.
Jakarta merupakan salah satu bandar di dunia yang paling cepat ditenggelami air apabila hujan lebat.
Ia disebabkan faktor pembinaan kota itu di kawasan paya serta pertumbuhan populasi yang tidak seimbang.
Banjir berlaku di ibu kota Indonesia itu dikatakan yang terburuk sejak 1996.
Topic Berkaitan
#banjir
#hilang
#Indonesia
#Jakarta
#kerajaan
#mangsa
#pusat pemindahan
#sekolah
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan