awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri hidangan percuma sebagai hadiah hari jadi, pemilik restoran dapat pujian

Agensi
Agensi
20/03/2022
14:53 MYT
Beri hidangan percuma sebagai hadiah hari jadi, pemilik restoran dapat pujian
Pemilik restoran itu bertindak memberikan hidangan berkenaan secara percuma kepada dua beranak itu. - Facebook/Panumas B. Sroitong
RAYONG: Pengguna media sosial di Thailand membanjiri laman Facebook restoran Halo Shabu selepas pemiliknya Panumas Sroitong memberikan seorang kanak-kanak perempuan hadiah hari jadi yang tidak akan dilupakannya.
Kanak-kanak itu dibawa bapanya ke restoran yang terletak di daerah Wang Chan di Rayong kira-kira jam 1 tengah hari pada hari Sabtu.
Si bapa mahu meraikan hari jadi anaknya dengan hidangan kegemarannya, shabu-shabu, sejenis hidangan hotpot Jepun.
Seorang pelayan restoran terdengar si bapa menyuruh anak perempuannya makan seorang diri kerana tidak cukup wang, sementara dia akan menunggu di luar.
Pelayan itu memberitahu Panumas yang kemudiannya bertindak memberikan hidangan berkenaan secara percuma kepada dua beranak itu.
Malah Panumas juga meminta kakitangannya membelikan kek hari jadi untuk kanak-kanak berkenaan.
Melalui Facebook, Panumas memaklumkan dia tahu nama dan alamat bapa tersebut tetapi mahu menghormati privasinya, memandangkan lelaki itu tidak mahu ditemu bual media atau menerima sebarang bantuan kewangan yang ditawarkan kepadanya.
“Bagi pihak bapa dan anak perempuannya, terima kasih atas semua tawaran bantuan anda,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Thailand
#restoran
#Halo Shabu
#Panumas Sroitong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan