awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolivia seru dunia ambil tindakan hentikan jenayah Israel di Gaza

Bernama
Bernama
20/07/2024
09:09 MYT
Bolivia seru dunia ambil tindakan hentikan jenayah Israel di Gaza
Pada Jumaat, ICJ memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan aneksasi. - Reuters
MOSCOW: Bolivia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai aktiviti penempatan Israel di Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah untuk menghentikan jenayah yang dilakukan di Semenanjung Gaza, kata Kementerian Luar Bolivia, lapor Sputnik.
"Kami menyeru sistem PBB dan negara anggota untuk mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan jenayah yang dilakukan di Semenanjung Gaza dan menjamin hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri," kata kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat, sambil menambah bahawa "Bolivia mengalu-alukan keputusan mahkamah".
Pada Jumaat, mahkamah PBB mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin. ICJ berkata aktiviti penempatan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan aneksasi.
Mahkamah menggesa Israel menghentikan aktiviti penempatan baharunya dan kehadiran haramnya di wilayah Palestin serta membayar pampasan atas kerosakan yang disebabkan oleh pendudukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bolivia
#pendudukan Israel
#Gaza
#Palestin
#ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan