awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDC gesa rakyat AS dapatkan vaksinasi campak sebelum melancong ke luar negara

Bernama
Bernama
24/06/2023
20:07 MYT
CDC gesa rakyat AS dapatkan vaksinasi campak sebelum melancong ke luar negara
CDC menggesa semua penduduk AS supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai vaksinasi MMR, terutama sebelum melakukan perjalanan antarabangsa. - Gambar fail/Reuters
LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menggesa rakyat Amerika mendapatkan vaksin campak sebelum ke luar negara, lapor Xinhua.
Campak sangat mudah berjangkit. Seseorang yang menghidap campak boleh menjangkiti sembilan daripada sepuluh kenalan rapat yang tidak divaksinasi, menurut laporan CDC yang dikeluarkan minggu ini.
Sehingga 8 Jun 2023, sebanyak 16 kes campak telah direkodkan, dengan 88 peratus mempunyai kaitan dengan perjalanan antarabangsa, menurut CDC.
Banyak negara dan destinasi pelancongan popular seperti England mengalami peningkatan wabak campak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut CDC.
Amerika Syarikat telah menyaksikan peningkatan kes campak dalam tempoh lima bulan pertama 2023, dengan 16 kes dilaporkan berbanding tiga pada 2022 dalam tempoh yang sama.
Menurut CDC, kebanyakan kes yang direkodkan membabitkan kanak-kanak yang tidak menerima vaksin campak-beguk-rubella (MMR).
CDC menggesa semua penduduk AS supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai vaksinasi MMR, terutama sebelum melakukan perjalanan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#wabak campak
#vaksin
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan