awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes global kini cecah 124 juta, peningkatan hampir 500,000 kes

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2021
23:10 MYT
COVID-19: Kes global kini cecah 124 juta, peningkatan hampir 500,000 kes
Petugas perubatan mengambil swab bagi menjalankan ujian saringan COVID-19 dari dalam bilik khas susulan penularan wabak itu di Jakarta, Indonesia, 24 Nov, 2020. REUTERS
KES positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 124 juta dengan peningkatan hampir 500,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, setakat ini, 124,000,772 kes positif COVID-19 direkodkan, berbanding 123,531,524 kes semalam.
Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.91 juta kes.
Ia diikuti Brazil dengan 12.04 juta kes dan India dengan lebih 11.68 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah Rusia, United Kingdom dan Perancis sementara Itali, Sepanyol dan Turki melebihi 3 juta kes.
Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland mencatat lebih 2 juta kes.
Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Czechia, Peru, Indonesia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Sementara Kanada, Chile, Romania, Belgium dan Portugal antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Statistik korban global akibat COVID-19 turut meningkat kepada 2.73 juta kes dengan AS masih menjadi negara tertinggi merekodkan kematian iaitu 543,730 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 295,425 kematian, Mexico (198,239) India (160,166) United Kingdom (126,523) dan Itali (105,875).
Kes kematian di Rusia dan Perancis kini melebihi 90,000 kes manakala Jerman dan Sepanyol melebihi 70,000 kes.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#Kes baharu COVID-19
#kes global COVID-19
#kematian global COVID-19
#COVID-19 seluruh dunia
#kes positif
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan