awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan warga emas 'seludup' beg berisi 200 lipas hidup gagal

Agensi
Agensi
03/12/2017
23:28 MYT
Cubaan warga emas 'seludup' beg berisi 200 lipas hidup gagal
Pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di China terkejut apabila membuka sebuah beg mengandungi 200 ekor lipas yang masih hidup. -Gambar hiasan
Pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di China terkejut apabila membuka sebuah beg mengandungi 200 ekor lipas yang masih hidup.
Beg itu milik pasangan warga emas yang cuba membawa masuk lipas-lipas berkenaan ke dalam penerbangan di Lapangan Terbang Baiyun di Guangdong.
Menurut laporan Beijing Youth Daily yang dipetik BBC, pihak berkuasa menyedari sesuatu yang 'pelik' menerusi mesin pengimbas X-ray sebelum memeriksa beg yang dibawa masuk sebagai 'hand-carry'.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila menjumpai beg plastik putih dengan ratusan lipas di dalamnya.
"Pada 25 November, penumpang berkenaan membawa satu bekas dan kami menyedari ada 'pergerakan' apabila ia melalui mesin pengimbas.
"Seorang pegawai kami terkejut apabila membukanya dan seekor lipas berjaya melepaskan diri," kata Xu Yuyu, seorang pegawai keselamatan.
Pasangan itu dikatakan membawa lipas berkenaan untuk membuat krim bagi merawat kulit si isteri.
Memandangkan organisme hidup tidak dibenarkan dibawa menaiki pesawat, pasangan berkenaan terpaksa meninggalkan beg tersebut.
Namun tidak diketahui apa yang dilakukan pihak kastam ke atas lipas-lipas berkenaan.
Topic Berkaitan
#Baiyun International Airport
#kastam
#lapangan terbang
#lapangan terbang baiyun guangdong
#lipas
#lipas hidup
#rawatan kulit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan