awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar
Menteri kecewa, berang hampir setiap minggu gangguan perkhidmatan tren
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa sokong Rusia, Amerika Syarikat kenakan sekatan baharu ke atas Iran

Bernama
Bernama
07/01/2023
04:02 MYT
Didakwa sokong Rusia, Amerika Syarikat kenakan sekatan baharu ke atas Iran
Sekatan baharu itu menyasarkan tujuh individu dalam barisan kepimpinan Qods Aviation Industries (QAI), pengeluar pertahanan Iran yang bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pengeluaran kenderaan udara tanpa pemandu. - Fail/REUTERS
NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu ke atas Iran berhubung bekalan dron kepada Rusia.
"Sokongan tentera rejim Iran kepada Rusia bukan sahaja menyebabkan konflik di Ukraine lebih memuncak tetapi turut mengakibatkan pelanggaran resolusi 2231 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Iran telah menjadi penyokong utama tentera Rusia. Iran mesti menghentikan sokongannya terhadap pencerobohan Rusia di Ukraine dan kami akan terus menggunakan setiap peralatan yang kami ada untuk mengganggu bekalan dan mengenakan tindakan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti ini," lapor Agensi Anadolu memetik Setiausaha Negara Antony Blinken pada Jumaat.
Sekatan baharu itu menyasarkan tujuh individu dalam barisan kepimpinan Qods Aviation Industries (QAI), pengeluar pertahanan Iran yang bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pengeluaran kenderaan udara tanpa pemandu.
Turut dikenakan sekatan ialah Pertubuhan Industri Aeroangkasa (AIO), organisasi utama yang bertanggungjawab untuk menyelia program peluru berpandu balistik Iran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#sekatan
#Iran
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan