awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak kayuh 5 jam untuk lawat bapa di penjara

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
24/07/2017
01:06 MYT
Dua kanak-kanak kayuh 5 jam untuk lawat bapa di penjara
Dua adik beradik dari Si Saket, Thailand mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya hari melawat. - Facebook Apichai
DUA adik beradik dari Si Saket, Thailand mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya hari melawat.
Kisah menyentuh hati ini viral di media sosial selepas ia dikongsi oleh salah seorang pengawal keselamatan penjara itu di Facebook, dua hari lalu.
Apichai Manthon berkata dua beradik itu mengayuh basikal sejauh 50 kilometer semata-mata untuk melawat bapa mereka pada hinggu minggu.
“Mereka meninggalkan rumah pada jam 7.30 pagi dan tiba di penjara pada 12.10 petang. Saya rasa kesian pada mereka kerana hari ini bukan hari melawat,” tulis Apichai sambal berkongsi sebuah video rakaman.
Difahamkan, telefon bimbit yang dimiliki oleh dua budak itu turut pecah kerana terjatuh dalam perjalanan.
Apabila ditanya mengenai ibu mereka, dua budak itu berkata mereka menetap bersama neneknya dan ibu mereka kini berada di Bangkok.
Oleh kerana Apichai tidak boleh membenarkan mereka masuk, jadi dia membawa mereka berdua ke pejabat, dimana tarikh bebas bapa mereka dimaklumkan.
“Mereka sangat gembira apabila mendapat tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Saya hampir menangis,” kata Apichai.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Facebook
#Kanak-kanak
#media sosial
#Si Saket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan