awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza terputus hubungan komunikasi buat hari kedua berturut-turut

Bernama
Bernama
15/12/2023
14:43 MYT
Gaza terputus hubungan komunikasi buat hari kedua berturut-turut
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin juga melaporkan bahawa ia terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik gerakan di Semenanjung Gaza. - AP
GAZA: Gangguan komunikasi dan perkhidmatan Internet berterusan di Gaza tengah dan selatan serta sebahagian bandar raya Gaza buat hari kedua berturut-turut ekoran serangan berterusan tentera penceroboh Israel.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Gaza pada malam Khamis mengumumkan gangguan sepenuhnya terhadap perkhidmatan komunikasi dan Internet syarikat PalTel dan Ooredoo di tengah dan selatan Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Khamis juga melaporkan bahawa ia terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik gerakan di Semenanjung Gaza dan semua pasukannya yang bertugas di sana.
WAFA berkata ini berlaku apabila rejim Israel memutuskan sepenuhnya semua rangkaian talian tetap, selular dan Internet buat kali kelima sejak permulaan serangan.
Gangguan komunikasi mencetuskan kebimbangan serius memandangkan keadaan ini menghalang keupayaan penduduk untuk mengakses perkhidmatan penting, meningkatkan lagi cabaran yang dihadapi oleh pasukan tindak balas kecemasan, selain mengasingkan Gaza dari seluruh dunia semasa situasi kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#gangguan komunikasi
#Internet
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan